Jumaat, 7 Julai 2017

~JELMAAN TOK BIDAN BAWA JANIN~ ~KELILING KAMPUNG~

Assalamualaikum dear fans...
nak cerita hantuu ke??... Alolo.. meh admin sharekan tentang....... Zasss meh kita scroll bawah noh...

  ~JELMAAN TOK BIDAN BAWA JANIN~        
                ~KELILING KAMPUNG~

Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama kalian adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang hayat. Waktu itu aku mengikut kawanku balik kekampungnya disatu daerah berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan dan kebetulan pula musim durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak pokok durian. Aku terus bersetuju kerana aku memang penggemar durian.

Kami tiba dikampung pada petang Sabtu setelah semalaman didalam perjalanan menaiki keretapi. Sesampai sahaja dirumah kami telah disambut mesra oleh keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah, meskipun aku menghadapi kesukaran untuk memahami setiap patah perkataan yang dituturkan. Setelah berehat seketika, kawanku mengajak aku mandi disungai yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang. Ibunya melarang kami pergi kesungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi kami tetap berdegil untuk mandi disungai. Lagi pun jarak sungai dengan rumahnya lebihkurang 500 meter sahaja. Kalau kami melaung pun boleh didengar. Begitulah kata kawanku kepada ibunya. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami balik semula sebelum 7:30.

Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik kawanku yang berumur dalam lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya balik sebelum hari gelap kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh memperkatakan tentang hantu tok bidan yang berkeliaran dikampung itu pada waktu malam. Meremang bulu romaku apabila mendengar pesan adiknya itu. Mahu sahaja aku membatalkan niat untuk mandi disungai. Tetapi kawanku sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu. Dengan hati yang berat, aku mengekori kawanku dari belakang. Mataku liar melihat semak-semak dikiri-kanan. Ketika itu matahari sudah hampir terbenam. Cahaya kilauannya berbalam-balam dipermukaan air. Aku merasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-geri kami. Sesampai sahaja digigi sungai, kawanku terus terjun. Kocakkan airnya mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh. Aku turun keair dengan berhati-hati. Perasaanku merasa tidak tenteram.

Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku memberitahu kawanku supaya cepat naik dan balik. Tetapi aku diketawakan. Katanya aku ini pengecut sangat. Katanya lagi adiknya cuma bergurau. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh kedalam air tidak jauh dari tempat kami. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. Keadaan manjadi sunyi seketika. Cuma kedengaran suara riang-riang hutan bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri. Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah kata, kami berdua berlari naik kedarat dan terus mencapai barang-barang dan berlari kerumah. Ibunya hairan melihat kami termengah-mengah apabila sampai kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum menyindir. Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum mendengar ceritaku. Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh kedalam sungai tadi. Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu tok bidan yang diceritakannya sebelum kami kesungai tadi. Aku sendiri kebingungan. Kalau dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana yang kami dengar.

Selepas makan malam, aku duduk berehat diruang tamu bersama adiknya. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengetahui akan lebih lanjut lagi cerita hantu tok bidan yang diceritakannya petang tadi. Menurut katanya, ada seorang perempuan tua yang tinggal dikampung yang berdekatan baru meninggal dunia. Orang-orang kampung memanggilnya Tok Bidan kerana dia seorang bidan kampung. Semasa dia dalam keadaan nazak, keadaannya amat tersiksa. Dia sentiasa kehausan. Entah berapa banyak air yang diberi, dia tetap kehausan. Sehinggalah dia menghembus nafas terakhir, dia meronta-ronta minta diberikan air. Menurut orang kampung semasa hayatnya, dia telah banyak melakukan dosa seperti menggugurkan kandungan secara dan melakukan pemujaan untuk meningkatkan lagi ilmu kebidanannya.

Menurut mereka lagi, dia ada membela hantu raya. Pernah beberapa kali orang-orang kampung terserempak dengannya merayau-rayau diwaktu malam dengan keadaan tubuhnya yang bongkok. Tetapi pada waktu yang sama ada juga orang-orang kampung yang sedang berubat dirumahnya. Setelah meninggal dunia, orang-orang kampung menghadapi berbagai masalah untuk menguruskan mayatnya. Sewaktu mayatnya hendak ditanam, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan liang lahatnya terpaksa digali berkali-kali kerana tanah runtuh akibat hujan yang amat lebat dan bacaan talkin cuma dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana keadaan cuaca yang buruk pada waktu itu. Pada sebelah malamnya, orang-orang yang lalu-lalang berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan seakan-akan terdengar suara orang sedang meratap disertai dengan bau yang amat busuk. Pada malam yang sama juga beberapa buah rumah telah diketuk pintu berkali-kali dan apabila dibuka, tiada sesiapa diluar. Jika dibiarkan, ketukan pintu menjadi bertambah kuat dan bau busuk memenuhi ruang rumah. Badanku terasa seram sejuk apabila mendengar cerita adik kawanku itu.

Jam baru menunjukkan pukul 10:30. Keadaan sekitar terasa sunyi. Cuma bunyi cengkerik dan jam dinding yang kedengaran. Mataku pun sudah terasa berat. Kawanku sengaja mahu menyakatku. Dia menyuruh aku tidur didalam biliknya manakala dia hendak tidur diruang tamu. Aku terus tidak bersetuju. Apa lagi setelah mendengar cerita dari adiknya sebentar tadi. Katanya dia cuma bergurau. Kami sama-sama tidur didalam bilik. Tempatku bersebelahan dengan daun tingkap. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tidak peduli, asalkan dapat tidur. Entah pukul berapa, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan halus dari luar daun tingkap kayu disebelah aku. Aku tetap memejamkan mata tetapi jantungku berdegup laju. Ketukan tadi menjadi semakin kuat disertai dengan bau seperti bau bangkai yang teramat busuk. Aku menahan nafasku dan berpaling dari arah daun tingkap. Aku cuba mengejutkan kawanku. Tetapi dia tiada disebelah ku. Mungkin dia tidur diruang tamu. Jantungku berdegup laju. Peluh sejuk membasahi tubuhku.

Daun tingkap terus diketuk dan digoyang. Aku menjadi kaku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara halus menyuruhku membuka tingkap. Katanya dia ada membawa anak kecil. Dia hendak menumpang minum air. Aku menjadi bertambah kecut. Aku tidak mempedulikannya. Ketika itu aku telah berada dihujung katil diselimuti gebar sambil memeluk bantal. Suara yang halus tadi bertukar menjadi serak dan akhirnya menjadi parau. Katanya lagi kalau aku tidak mahu membuka tingkap, dia tetap akan masuk untuk mencari air. Waktu itu cuma tuhan yang tahu bagaimana perasaanku. Dengan tiba-tiba aku terasa seperti ada angin lembut bertiup dimukaku dan pada waktu yang sama tiba-tiba daun tingkap terbuka luas. Apa yang aku lihat sungguh menggerunkan. Diluar tingkap kelihatan seorang perempuan tua tersengeh memandangku. Dengan giginya yang jarang dan merah serta rambutnya yang penuh uban mengurai. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala sebelah lagi memegang janin bayi. Pandanganku menjadi kelam, cuma yang kudengar ialah suara parau yang menggigil-gigil menyebut perkataan โ€œairโ€ berkali-kali.

Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan bunyi daun tingkap dibuka. Cahaya matahari pagi menyucuk mataku. Rupa-rupa hari sudah siang. Kawanku mengajak aku bersiap untuk kedusun durian datuknya. Aku terpinga-pinga. Dalam perjalanan kedusun aku bertanya kepada kawanku adakah dia tidur diruang tamu malam tadi. Dia mengaku. Katanya dia tidak dapat tidur dibilik kerana panas. Katanya lagi waktu itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku bertanya kepadanya lagi adakah tingkap bilik terbuka atau tertutup sewaktu dia masuk kebilik pagi tadi. Katanya tertutup. Dia menyoalku kembali, kenapa aku banyak bertanya. Aku cuma menggelengkan kepala sambil berkata tidak ada apa-apa. Sehingga kehari ini aku tidak pasti adakah kejadian ngeri itu benar-benar berlaku, atau cuma aku yang bermimpi. Bagiku setiap detik yang berlalu ketika kejadian itu memang seperti ianya benar-benar berlaku

kisah seram di hospital

kisah seram di hospital

kisah benar ini terjadi pada kelmarin ketika saya dan keluarga menemani abah di hospital ampang puteri.

di tengah malam kira2 jam 11 lebih saya memutuskan untuk pulang ke rumah sewa, memandangkan tiada tempat tidur yg boleh saya tiduri di wad... lagipun badan2 saya sgt letih dan memerlukan tempat yg sedikit selesa..
saya memarkirkan kereta di ruangan letak kereta berbumbung di tingkat LG. perlahan2 saya atur langkah menuju ke service lif kerana lif lain sudah tidak berfungsi lagi di luar waktu melawat.. lif turun ke tingkat dua.. masuk sebuah keluarga di dalam lif itu, kelihatan mereka sungguh gembira menyambut kelahiran cahayamata.

si bapa tersengih2 sambil berbual dengan si kakak/adik perempuannya.
'kamu ingat tak dialog citer karak,encikk ada nampak emak saya tak??'
sambil bergelak ketawa mereka berciter mengenai cerita seram karak.
kami semua mengatur langkah keluar pabila lf sampai ke tingkat G, Namun begitu saya masih terpinga2 kerana bingung memikirkan dimanakah saya memarkirkan kereta saya... jenuh berfikir saya kembali ke lif dan menekan butang LG..

setibanya di pintu keluar masuk, saya kembali bingung apabila mendapati pintu keluar masuk sudah dikunci.. dalam hati bukan main resah skali kerana bingung bagaimana mahu keluar dr situ... saya termangu di hadapan sebuah bilik agak lama juga... selepas itu saya menapak menuju bilik purchasing namun tiada sesiapa disitu.. saya kembali ke hadapan bilik yg sama sambil berfikir... setelah itu saya ibarat mendapat idea untuk keluar dr pintu di level G kerana tak mungkin ada sesiapa yg boleh membuka pintu di LG tersebut.

saya mengatur langkah ke servis lif dan menekan butang, servis lif ini panjang kerana digunakan untuk membawa pesakit ke mana2 tingkat... sementara menunggu lif turun saya melempar pandangan di hadapan bilik yg saya berdiri lama.. alangkah terkejutnya saya kerana mendapati bilik itu adalah BILIK MENYELENGGARA MAYAT.. darah terus berderau naik ke muka... saya terus mengubah pandangan dan memandang pintu lif sahaja. terasa lega sekali apabila mendengar suara org bercakap2 di dlm lif itu, oh mungkin ada nurse yg turun kebawah.. getus hati kecil saya. namun terbukanya pintu lif saya menjadi lebih terkejut.... plinggggg lif itu adalah kosongggg... saya cepat2 masuk lif dan menekan butang G dan terus menundukkan pandangan... setibanya di G saya cepat2 mengatur langkah menuju kembali kereta yang diparkir di belakang bilik menyelenggara mayat itu.. sedang saya membuka pintu kereta kelihatan seorang wanita berjalan dengan laju menuju ke sebuah CRV yg terparkir selang 3 kereta dengan saya.. kelihatan wanita itu mengerling ke arah saya dan menstart enjin kereta dan beredar dengan tergesa2.. kelihatan beliau masih menjeling ke arah saya ketika keretanya melepasi saya..

saya terus memandu pulang ke rumah sewaan saya.. setibanya dirumah, saya terlalu letih untuk mandi, lantas menukar baju tidur dan terus terbaring di atas katil.. sebelum terlelap, saya ada berbalas2 mesej di facebook mengenai bilik menyelenggara mayat.. sedang terlalu mengantuk saya meletakkan blackberry saya di sebelah.. bilik sudah digelapkan. namun secara tiba2 blackberry saya menayangkan sebuah kisah seram, terkejut dengan sitasi itu ( kerana BB saya tidak boleh memuatturun page youtube sepanjang kari) saya lantas menekan butang 'kembali' namun tiada apa yg berlaku.. BB saya keras sepanjang 10 minit.. cuma apa yg boleh saya lakukan adalah dengan memperlahankan bunyi tersebut.. saya hampir menghempaskan BB saya kerana tidak mampu untuk menutup ruangan youtube itu dan juga gagal untuk mencabut bateri... selepas kira2 10 minit barulah BB saya kembali seperti sediakala..

jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. saya lantas memejamkan mata, namun imaginasi pintu bilik di hospital itu terus mengganggu lena saya..dan saya seolah2 berada di satu alam yg lain dan bukan di dalam bilik sendiri... sedang hammmpiiirrr nak lena secara tiba2 katil saya seperti dilanggar sesuatu.. saya terus terjaga dari lena.. mencelikkan mata dan tiada apa yang kelihatan.. saya semakin resah dan gelisah.. lantas membaca ayatul kursi dan surah 3 qul.. bacaan saya tersekat si surah an-nas, saya seperti terlupa surah tersebut.. lantas membaca auzubillahiminassyaitonirrajim sebanyak 3 kali dan mula membaca surah an-nas.. setelah agak tenang saya kembali memejamkan mata... namun tidak lama selepas itu kedengaran bunyi guli jatuh di atas lantai seperti di tempat umi di SSI.. pada mulanya ibarat 3 biji guli yang jatuh, hati yg berdebar ini kembali membaca ayat kursi.. sehabis ayat itu dibaca sebanyak entah berapa kali bunyi guli yg sangat kuat kembali kedengaran sebanyak 2 kali dan keadaan menjadi senyap seketika.. saya mencelikkan mata.. saya bingkas menuju ke bilik air dan mengambil air sembayang... selesai wudhu dan solat, saya membiarkan bilik terang benderang dan kembali tidur.. alhamdulillah tidur menjadi lena...
dan pagi itu saya berjanji untuk datang di hospital jam 6 pagi namun saya terlajak tidur.. dan saya menjadi sangat2 letih... sehingga hari ini, bahu2 saya menjadi lenguh dan sakit2....
sekian, pengalaman misteri saya

Nama pencerita terpaksa dirahsiakan..

14 HARI TINGGAL BERSAMA HANTU

14 HARI TINGGAL BERSAMA HANTU

Cita nie adalah kisah yang benar-benar berlaku kat aku dalam beberapa tahun lepas. Bukanlah niat aku nak burukkan sapa-sapa,tapi sebagai pedoman dan iktibar buat kita yang masih hidup di dunia ni. Kisah nie berkisar masa aku belajar kat kolumpo ari tu.

Aku duduk dekat satu apartment yang disediakan oleh pihak kolej. Time tu baru masuk, jadi aku takde niat nak menggatal tinggal kat luar lagipun duduk dekat sini boleh pegi kolej naik bas yang disediakan oleh kolej, jimat sikit.

Ramai jugak student yang duduk kat sini,budak KUIM pun ada pas tu bebudak MARA apa ntah duduk jugak sini. Jadi apartment nie dikongsi oleh 3 buah institusi pelajaran, jadi macam-macam pe'el bebudak yang boleh kita nengok.

Rumah nie kolej aku punya jadi kitaorang tak terlibat langsung dengan bayar-bayar sewa ataupun api air. Dia potong straight,macam biasa kalau tempat tinggal student macam nie mesti ada cerita-cerita hantu yang timbul. Awal-awal aku masuk umah nie pun terus dengar cerita hantu dari senior serumah.

Namun ketika tu aku haram tak percaya ada hantu,maklumlah bebudak sekali nengok kain terbang terus cakap nampak penanggal nak2 tempat macam nie diaorang saling menakutkan antara satu sama lain dengan cerita macam nie,aku buat tak port ja.

Dalam rumah aku tu aku sorang ja yang ambik course yang aku ambik tu,yang lain semua entah hapa course diaorang ambik. Start masuk kelas, aku jumpa member baru tapi kami tak tinggal satu rumah ngan aku. Terus ja kitaorang jadi kamcing giler nak2 satu particular group nie yang sama2 minat muzik jugak. Aku yang baru nak berjinak nie nampak perkara nie macam satu peluang yang baik( perkara nie banyak membantu aku dalam karier aku sampai hari ni).

Jadi kitaorang pun membentuk satu pasukan kumpulan gitar rancak. Geng nie terus tak join ngan orang lain dah kitaorang ja sebab orang lain semua sibuk pekena kolumpo. Maklumlah orang kampung first time masuk bandar, kitaorang start jamming kat bawah apartment nie bila malam kitaorang menapak jauh giler ke studio jamming, dah siap jamming mesti perkena makan nasik jadi boleh dikatakan hari2 aku balik lewat. Krew2 baru aku nie semuanya duduk dekat rumah yang berlainan jadi kalau nak jumpa kena meeting dekat mana2.

Kat rumah aku nie haram tak bertegur sapa dengan sapa2 pun. Bukan la sampai jadi sombong pulak,tapi maklumlah aku nie pemalu orangnya jadi aku tak banyak bercakap kat dalam rumah. Lagipun diaorang semua dah beso panjang aku nie bebudak lagi. Dalam rumah aku banyak meluangkan masa dengan discman aku kat atas katil sorang2,yang aku ingat kat umah aku tu ada sorang nie stail alim2 sheikh namanya pas tu ada abang sasa nie muka dia sebijik macam norman hakim,jadi aku panggil dia norman hakim, pas tu ada sorang mamat "aww..."nie wan nama dia. Yang lain samada aku tak ingat atau aku tak tegur sampai tak tau nama.

Langsung aku tak amik tau apa yang diaorang buat yang jelas time buat besday party aku ada la menyempe sebab ada makan2 pas tu meeting kena ada sebab aku ahli rumah tu. Selebihnya masa aku dihabiskan kat luar bersama budak kelas aku. Ada jugak la 2,3 orang budak umah tu cuba nak bermesra dengan aku bukan sebab aku sombong tapi tak ngam langsung pemikiran diaorang ngan jiwa aku. Ada tu sosial sangat, ada tu alim sangat,ada tu asyik nak bina badan ja. Cuma wan aww nie ja yang ngam ngan aku sebab dia aww dia caring lebih dengan aku. Banyak mende aku rujuk dekat dia sebab tak berani nak tanya kat housemate aku yang lain2. Aku anggap dia nie all-rounder ngan semua orang dia ngam,tapi ada sesuatu aura yang mencurigakan menyelubungi wan aww nie aku terasa seperti something....

Pepagi aku kuar pegi kelas,bila balik dari kelas mungkin kitaorang pekena snooker kat kolej pas tu terus lepak umah member aku nie main gitar sampai malam. Bila malam kitaorang kuar jamming, pas tu baru la makan malam dan lepak minum sampai padat pundi kencing. Hari2 dalam pukul 2-3 pagi jugak aku balik rumah. Sebab tu kekadang bila aku balik umah diaorang semua pakat2 nyanyi lagu "hotel california" ramai2, memang aku buat umah tu macam hotel,
aku balik hanya untuk 2 tujuan saja mandi dan tido,ada jugak la peringkat aku dah lupa macam mana rupa paras bebudak umah aku tu. Bila diaorang start tido baru aku balik time pepagi memang chaos semua bersiap nak pegi kelas,last2 bebudak housemate aku nie dah tak macam housemate aku dah macam orang lain jadinya. Satu hari tu aku sembang dengan wan aww nie,hari tu kebetulan aku balik awal dia tengah lepak depan pintu umah memula aku kuar sebab nak tipon,tipon awam tu paling senang curi line korang masuk ja duit syiling 5 sen terus timer dia "hang" ,aku pun time tu memang banyak buat panggilan jarak jauh jadi aku memang sayang kat tipon awam nie. Memandangkan aku nie nak cerita hantu bukan pasal tipon awam nie, jadi aku rasa molek aku teruskan cita aku nie.

Wan aww cita time tu dia tengah kusut sebab adik dia baru lepas meninggal,aku tanya pasal apa pas tu terus dia story pasal adik dia nie yang sakit sejak kecik lagi, sakit yang misterius macam demam pas tu meracau2. Dah bertahun2 dan pegi hospital2 cakap tak dak apa2 pas tu famili dia berubat cara tradisional,dia cakap entah berapa banyak dah Tuan Guru Ibrahim Mat Zin yang dia jumpa tapi tak baik jugak.

Bila dia jumpa bomoh2 tu akan suruh balik umah pas tu malam kalau ada dengar apa2 jangan tegur sebab bomoh tu cakap assistant dia akan buat kerja,banyak la jugak bomoh yang buat stail macam tu. Sebab tu dia cita bila malam2 dia dengar bunyi macam2 dekat rumah dia,namun adik dia tak baik2 jugak last2 adik dia meninggal yabg dia sedih adik dia dah tak dak tapi bunyi2 pelik kat umah dia time malam2 tetap ada. Aku akui bahawa aku memang seram giler masa wan aww nie cita naik meremang roma aku. Tapi yang aku paling seram bila cita yang banyak sngat bomoh diaorang jumpa maka banyak giler hantu dekar rumah dia jenis yang still melepak dekat rumah dia dan ada jugak yang permanently attached ngan ahli keluarga dia termasuk wan aww.

Sekali geng kumpulan gitar rancak aku nie plan nak masuk satu pertandingan kugiran ,maka makin intense la sesi latihan kitaorang hari2 kuar pepagi malam baru aku balik. Kebetulan semester tu aku tak dak kelas pagi boleh la aku bangun lewat hari2. Time nie aku balik ja umah dah sunyi dah gelap semua orang dah tido,bila aku celik mata semua orang dah keluar pegi kelas hari2 macam tu sampai aku naik rindu pulak nengok muka bebudak housemate aku selalu nampak la jugak sekilas lalu lalang depan bilik aku nie tak dak langsung.

Satu malam tu macam biasa aku balik semua dah tido jam pun dah pukul 3 pagi,bila aku start nak tido aku dengar bunyi kat dapur macam ada orang memasak periuk,belangan berlaga "nie mesti norman hakim masak megi nie" bisik hati kecil aku nie. Pas tu aku ingat nak menyendeng2 kat norman hakim ejas2 megi sikit sebab perut aku agak lapar,aku pun bangkit dan terus menuju ke dapur. Aku nengok gelap semacam ja tak dak pun kelibat norman hakim nie pas tu pintu bilik dia tutup hampeh tul. Mesti dia dapat kesan aku nak ejas megi dia sebab tu dia terus bawak lari masuk bilik,sejak hari tu tiap2 malam aku dengar norman hakim masak megi dekat dapur. Aku ingat kalau aku apply pun mesti tak dapat punya jadi aku biar ja al lagipun aku nie memang maleh nak bangkit bila dah landing.

Kadang2 tu dengar bebudak nie sembang kat ruang tamu tapi haram aku tak faham butir percakapannya,walaupun aku dah pasang telingan dan dengar betul2 tapi tak dapat tangkap jugak mungkin diaorang mengumpat aku dalam bahasa rahsia,ataupun mungkin jugak sheikh sembang dengan member dia dalam bahasa arab ke, bahasa tehran ke, bahasa sanskrit ke sebab sheikh nie memang alim orangnya lagipun dia berasal dari sarawak.

Yang aku herannya masa aku balik semua dah tido bila aku dah landing nak tido barulah diaorang kuar bersembang,mungkin diaorang memula nak tido pas tu tak dapat lelap pas tu ajak member kuar bersembang. Adalah dalam seminggu lebih aku tak jumpa bebudak umah aku tu,maklumlah aku dah la balik lewat bangun pun lewat jugak mananya nak jumpa. Bila diaorang mangkit memalam nak masak megi ataupun sembang ( dalam bahasa tehran) aku dah ngantok sangat.

Time tu ada sesuatu yang mengherankan aku bila aku jumpa bebudak rumah aku dekat kolej diaorang semua sibuk ngan hal masing2 sebab dah hujung semester jadi sekejap ja aku dapat bercakap dengan diaorang. Bila aku jumpa norman hakim dia tanya aku.

"Ko duduk lagi rumah tu amin?"

"Ha'ah"

"Waaa..ko memang power"

"Ngape pulak"

Pas tu di blah tak sempat aku nak tanya. Bila aku jumpa sheikh fia cakap...

" sapa duduk ngan ko skang nie?"

"Haaa!?"

Sebab aku tak faham butir percakapan dia,aku terpana.

Pas tu dia blah..

Akhirnya kebenaran terungkap bila aku jumpa wan aww..( kat kolej)

"Wan ..lama tak nampak ko skang nie?"

"Aku dah pindah kuar dah..aku duduk dengan bebudak DSK(diploma sains komputer) skang nie"

"Oo..patut la tak nampak.."

"Ko duduk umah man kan skang?"

"Eh..tak lah..aku duduk umah kita tu la.."

"Umah kita tu?"

"Ha'ah..pesal?"

Time tu muka wan aww tu dah pucat gaya macam nampak hantu ,tangan dia pun terketar2 hisap rokok.

"Ko tak tau ke?"

"Tau apa?"

"Bebudak semua dah pindah keluar wan ingat ko pun pindah jugak.."

"Semua orang?semua sekali? Abih sapa je yang tinggal?"

"Tu la pasal wan ingat ko pun dh pindah..jadi umah tu kosong la skang nie,tak tau pulak ko masih duduk di situ"

Dipendekkan cita wan aww nie story dekat aku....

Dua minggu lepas,pukul 2 pagi wan aww nie dengar bunyi kat dapur dia pun pegi la usyar tapi gelap semacam ja. Dalam keadaan suram tu dia nampak satu kelibat berdiri dekat pintu tandas,bila dia nengok betul2 rupanya seorang perempuan rambut teknik rebonding sampai dada,pakai baju warna putih tutup seluruh badan bila wan aww nie pandang muka dia, dia menyeringai wan aww nie apa lagi menjerit la sampai sakit anak tekak. Bebudak lain yang tengah tido semua terjaga ,time nie semua bebudak tu nampak lembaga nie dia terus mengilai sambil terbang keluar ikut tingkap walaupun tingkap tu tutup tapi dia meresap ja keluar.

Dari norman hakim yang berbadan sasa tu sampai la ke sheikh mamat alim tu semuanya tak cukup tanah berlari keluar dari rumah tu, terus tak balik rumah dah malam tu tido rumah member masing2. Hanya 15 minit lepas diaorang semua lari keluar ,sekonyong2 aku pun balik rumah terus tido macam tak dak apa2 berlaku. Punyalah terkejut diaorang nie nampak lembaga tu sampai ada mamat nsync nie terus jadi macam sawan malam tu,pas tu malam tu jugak diaorang bawak pegi berubat kat sorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berdekatan. Bomoh tu cakap makhluk nie memang datang dari jaih tapi dia tetiba attached ngan umah tu sebab umah nie pernah berdarah.

Maksudnya pernah ada orang mati dalam umah tu,padahal makhluk tu datang situ pun sebab menumpang si wan aww nie kalau nak halau makhluk nie kena panggil bomoh yang family wan aww nie pernah jumpa sebab nak mengubat adik dia tu dulu. Jadi bomoh nie pun tak boleh buat apa2 la,pagi keesokkanya sebelum aku bangun dari tido diaorang semua datang balik packing barang dan terus pindah keluar. Aku yang tak tau apa2 nie masih duduk kat umah tu buat macam biasa, migrasi beramai2 penduduk rumah aku tu tak dapat aku kesan sebab tak dak perubahan berlaku sebab bila hari siang aku tak dak kat rumah tu bila nak tido ja aku balik, selama nie aku saspek diaorang semua dah tido rupanya sekor haram pun tak dak, semua dah pindah keluar. Pasal barang2 diaorang yang dah tak dak tu aku langsung tak perasan sebab aku dah balik malam lampu pun dah tutup rumah gelap gelita la.

Yang aku saspek norman hakim masak megi tengah2 malam tu bukanlah norman hakim tapi mende lain, yang aku saspek sheikh bersembang tengah malam dalam bahasa yang tak dapat difahami tu bukanlah sheikh tapi mende lain jugak. Secara kasarnya selama 14 hari yakni 2 minggu aku sebenarnya duduk sorang2 ja dekat umah nie,orang lain semua dah pindah keluar sebab ternampak hantu kat dalam rumah nie. Bunyi2 yang aku dengar memalam buta tu sebenarnya adalah aktiviti paranormal yang dijalankan oleh makhluk halus yang dah pun jadikan port tu tempat lepak diaorang. Bebudak nak lalu dekat koridor depan umah siang2 pun tak sanggup inikan pulak malam2 buta.

Bila aku dapat tau perkara nie aku jadi pucat dan terkesima, aku jadi rasa macam nak demam gila ko dah la orang semua takut nak pegi umah tu sebab nampak hantu aku pulak boleh tinggal situ sorang2. Lalu aku ambik keputusan mudah untuk pindah keluar jugak, tapi tak dak sapa sorang pun yang nak tolong aku angkat barang aku paksa2 baru nak tu pun bertolak2.

14 hari tinggal bersama hantu adalah pengalaman ngeri yang tak mungkin aku lupakan, ini satu pengajaran berguna buat aku lain kali kena beramah mesra dengan orang serumah dan jangan bersikap tak ambik port pasal persekitaran kita. Peristiwa nie telah menginsafkan aku tapi yang penting kita tidak sepatutnya takut kepada hantu nie aku tak pernah lagi dengar cerita pasal orang berdarah lengan kena gigit dengam hantu. Mempercayai hantu juga boleh menyebabkan syirik, jadi pesanan aku adalah jangan biarkan hidup anda diselubungi......

           TAMMAT

Terima kasih semua sudi membaca kisah yang share kan nie..nantikan pulak update cita seterusnya akan datang..๐Ÿ˜‰

P/s: sesapa yang ada housemate tu pastikan housemate korang tu seorang manusia n benar2 wujud.hehe..

Teruskan menyokong kami...๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜Š

DISEBALIK KISAH BANGUNAN LAMA

Assalamualaikum dear fans ๐Ÿ˜˜ terima kasih kepada yang xpernah jemu menjengah page kami nie.๐Ÿ˜‰haaa..ada yang masih mbuta ? ๐Ÿ‘€ mai singgah sini admin ada satu kisah seram nak share dekat semua fans. Kisah nie admin share dri pengalaman seseorang so silakan membaca...๐Ÿ˜Š

      DISEBALIK KISAH BANGUNAN LAMA

Salam all, aku tak pandai menaip cerita, tapi teringin aku nak kongsikan salah satu cerita seram yg terjadi semasa aku bekerja di restoren fastfood yang famous kat tempat aku..

Bangunan unik lama peninggalan british masih kukuh tersergam indah ditengah2 kota.. Cewahh.. Disebabkan kawasannya yg strategik, sebab tu la depa buka restoren kot, dan restoren ni la tempat aku bekerja..

Seawal mula start aku bekerja kat sini, macam2 cerita seram aku dengar, pelbagai versi, dan aku mula berfikir.. Brapa byk jenis setan yg dok ada dalam ni? Hmm..

Aku bukan tak percaya, aku percaya kerana aku pernah lalui pengalaman mcm ni byk kali, dan salah satunya yg aku nak cerita skrang ni..

Bangunan lama ni ada dua tingkat.. Restoren di tingkat bawah.. Dan ditingkat atas bangunan dibiarkan kosong.. Aku pernah naik ke tingkat dua bangunan ni.. Kotor, penuh dgn taik kelawar.. Aku rasa la, aku nampak najis bulat2 penyet tu aku nk je ckp mcm taik kambing, tapi.. Xkan la kambing nk panjat bangunan tu.. Aku pernah bertanya pada pengurus restoren, kenapa bahagian atas bangunan dibiarkan kosong, sayang sewa bulanan yg begitu mahal tapi hanya bahagian bawah bangunan yg digunakan..

Pengurus bercerita, dari kisah dan pengalaman staff yg sebelumnya pernah bekerja disini..

Sebenarnya bangunan tingkat atas dijadikan asrama pekerja satu ketika dahulu, disebabkan banyak kejadian aneh yg berlaku, tak ada lagi pekerja yang  sanggup tinggal disitu, sehingga pihak pengurusan terpaksa mencari rumah sewa untuk dijadikan asrama pekerja..

Dengar khabarnya salah satu cerita, staff yg tidur diasrama tingkat atas telah diusung oleh makhluk halus dan diletakkan diluar bangunan..

So scary jugak la bila kita tidoq atas tilam tiba2 bukak mata elok dok landing atas tanah kan..

Itu lah serba sedikit cerita yang aku tau dari tingkat atas bangunan tempat aku bekerja ni..

Tingkat bawah tempat aku bekerja selalu penuh waktu makan.. Kerja aku yg memasak dibelakang kadang 2 kehabisan stock, terpaksa aku berlari mengambil stock yg kehabisan di store untuk di isi dibahagian depan..

Di dalam store tempat aku bekerja ada satu pintu yang digunakan untuk memasukkan stock yg baru tiba dari lori.. Dan diatas pintu tersebut ada papan kecil putih yg ditulis ayat suci Al-Quran.. Mengikut cerita staff lama disitu.. Ada sebabnya kenapa ianya diletakkan disitu..

Berbalik pada cerita aku tadi.. Hari yang sangat sibuk dari awal aku masuk keja sampai la malam..

Malam tu ada birthday party yg dibuat, so sibuk la krew2 restoren menolong menceriakan party tu.. Kena pakai costume bagai, nak happykan birthday boy malam tu..

Terlalu ramai yang pulang lewat, jadi waktu pembersihan tergendala, bila semua org habis pulang tinggal la kami pekerja shift akhir yg bertungkus lumus membersihkan semuanya..

Satu perangai buruk staff yg dok ada, xkira sapa pun, bila dh pakai costume, time bukak, main campak2 je kat dalam store.. Tak reti nak susun elok2..

Dan malam tu aku terpaksa mengira stock, store yg jauh kebelakang.. Selalunya mesti ada peneman, staff tak dibenarkan berseorangan, pelik kan? Disebabkan malam tu semua letih, muka pun ketat sekor2, aku jadi tak tau nak ajak sape temankan aku.. Jam dah pukul 1.30 pagi.. Waktu balik yg sepatutnya pukul 12 malam dah terseret akibat kelewatan party tadi. So aku capai stock book dan sumbat earphone dalam telinga.. Buang rasa gemuruh.. Store tu agak suram.. Memang xsyok derr kalau xberteman.. Tapi aku gagahkan jugak la.. Sampai di pintu depan store yg sememangnya terbuka aku lihat bersepah costume seperti biasa.. Aku malas la nak tolong susun, tapi mulut dok pot pet pot pet jugak la.. Dalam pada tu.. Aku terpandang kepala costume yg diletakkan atas kotak dalam keadaan terbalik.. Aku sambung mengomel sambil mengira stock.. Tiba2 rasa xsedap hati, meremang semacam, nak kira laju2 takut tersalah kira, nak xnak aku terpaksa fokus mengira stock walaupun dalam hati aku rasa nak bedal je. Bunyi staff yang buat pembersihan dah xkedengaran, mungkin dah habis.. Mungkin ada yang melepak di office dan mungkin ada yang sudah pulang.. Dalam keresahan aku mengira stock, telinga aku menangkap bunyi geseran disebalik kotak2 stock berhampiran aku.. Aku terus mengira.. Berbunyi lagi aku melihat lihat mungkin ada tikus yg dtg membuat onar, tapi xda.. Sunyi.. Selang beberapa minit berbunyi lg.. Aku xpeduli.. Terus mengira stock sampai kehujung.. Kali ni geseran bunyinya perlahan namun masih lagi jelas.. Dalam diam aku mengira tiba2 hujung mata aku tertangkap imej kepala costume tadi seakan-akan kepala manusia dgn rambut yang panjang mengurai aku pandang depan dan  tarik nafas, mengigil rasa, aku cuba buangkan perasaan yg mengatakan atas kotak tu kan kepala costume.. Aku langsung xpandang tepi dah.. Bunyi lagi geseran, kali ni aku tau bunyi tu datangnya dari kotak yg atasnya ada kepala costume tu.. Nak kira stock seterusnya aku terpaksa  berpusing dan menghadap kearah kepala costume tu. Bila aku berpusing, ternyata apa yg aku lihat cuma lah kepala costume tadi dan bila aku kedepan mendongak untuk mengira stock yang di susunan teratas mata aku terpaku melihat kepala manusia berambut panjang melekat didinding, xbermata xberhidung dan mulut cuma kulit muka yang sangat buruk. Terlepas buku stock dari tangan aku, macam org gila aku berlari sambil menjerit. Jantung macam nak luruh.. Tak pernah aku nampak "benda" yg jaraknya agak dekat.. Sampai semua staff yang ada malam tu turut lari keluar bangunan.. Termasuklah pengurus yang bertugas malam tu.. Rupanya ada 2-3 orang staff yang terdengar bunyi cakaran waktu dorang lalu tepi store waktu membuang sampah malam tadi. Lampu tak sempat dipadam, pintu tak sempat berkunci, kami yg bertempiaran lari dari bangunan terpaksa duduk diluar menunggu bantuan tiba. Kedengaran pengurus restoran sedang bercakap dgn seseorang melalui telefon bimbitnya.

Aku yang masih terketar ketar dengan jantung yang belum stabil, ditenangkan oleh rakan sekerja yang lain. Banyak soalan yang diajukan tak mampu aku nak jawab.

Dalam 20minit bantuan sampai.. Nampak tukang kebun restoren kami dengan seseorang sedang berjalan masuk  kedalam kawasan luar bangunan tempat kami berkumpul.

Uncle Siva (bukan nama sebenar) tukang kebun restoren bersama seorang lelaki tua yang tidak kami kenali. Bercakap sesuatu dengan si pengurus, kemudian memandang aku,bercakap lagi kemudian memandang aku kembali.

Selesai bercakap dengan si pengurus, Uncle Siva bercakap dengan lelaki tua yang dibawanya bersama.Disebabkan tutur bicaranya dalam bahasa tamil, so sepatah haram pun aku tak paham.

Mereka bertiga menuju masuk kedalam restoren, Uncle Siva, kawannya dan pengurus restoren pekerja lainnya hanya menunggu diluar hingga hingga mereka yg berada didalam kembali.

Dipendekkan cerita, kami semua disuruh pulang setelah mengambil kembali beg dan barang kami.

Aku yang ditumpangkan pengurus bersama Uncle Siva dan kawannya, membatu didalam kereta.. Sehingga....

Uncle Siva mula bercerita, katanya memang "benda" tu akan mula menganggu kalau tak diberi makan.. Dan aku yg mendengar be like whatttt??? Makannn??  Hangpa bela "benda" tu ka??.. Tapi aku tanya dalam hati je la..

Aku menunggu reaksi si pengurus.. Krikk..
Krikk..
"Ooo" jawabnya.. Ringkas..
Rasa ringan je mulut nak bertanya, tapi takut pulak dicakap biadap.. So aku dengar je la Uncle Siva bercerita..

Dalam dia bercerita, dia sempat memberitahu bahawa "benda" tu takda sapa pun dapat buang.. Cuma perlu bagi makan saja.. Aku syak depa
ni rasa depa bela kucing, cukup time bagi makan then settle..

Uncle Siva bercerita dia juga pernah disergah gara2 lewat memberi "makan". Dan akibatnya terseliuh bahu dibuatnya..  Makhluk hitam berbulu, besar, menendangnya.. Sambung Uncle Siva..

Aku tak dapat hadam sebenarnya.. Makhluk hitam berbulu?? Apa yang dia ni cakap..?? Apa yg aku nampak tadi bukan seperti apa yang Uncle Siva ceritakan.. Rasa nak pitam pun ada.. Tapi aku tetap ambil keputusan untuk berdiam...

Sampai dirumah, aku mandi, solat dan terus tidur.. Menunggu hari petang untuk aku masuk kerja semula..

Shift aku bermula pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 12 malam, sengaja aku awal ke tempat kerja utk bertemu Uncle Siva dan bertanya tentang "peliharaannya"..

Tepat jam 2 petang, aku menuju ke belakang bangunan, dimana tempat Uncle Siva selalu berehat, tempat itu juga store simpanan barang2 perkebunannya..

Uncle Siva tersenyum melihat aku, lalu mempersilakan aku duduk dibangku kosong dihadapannya, aku mula bertanyakan soal semalam..

Katanya, sudah diberi makan itu "benda".. Dan "dia" tak akan menganggu lagi..

Aku bercerita tentang kejadian semalam apa yg terjadi, apa yang aku nampak. Bulat mata Uncle Siva memandang aku.. "Kenapa adik takda cakap semalam sama Uncle???".. Aku terdiam sekejap.. "Saya terkejut sangat Uncle, nak cakap apa pun tak keluar".. Aku tengok Uncle Siva termenung panjang.. Ini bukan dia punya, katanya.. "Benda" yg diberi makan juga bukan miliknya..

Terkedu aku sekejap, mati2 aku ingat si Uncle ni membela, lalu Uncle Siva bercerita sejarah lama, dimana ada berlaku kejadian pembunuhan kejam didalam bangunan ini..

Bangunan banglo dua tingkat ini dulunya dihuni oleh satu keluarga kaya british yg diakhiri dengan penyeksaan dari salah seorang ahli keluarganya yg mempunyai masalah mental, Dia telah membunuh satu persatu ahli keluarganya sendiri..

Cerita yang terlalu lama entah betul entahkan tidak. Sambungnya lalu bangunan ini terbiar bersemak samun hutan dibelakang bangunan telah dijadikan orang untuk membuang segala "benda" yang tak elok katanya. Sehinggalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengambil alih bangunan ini Uncle Siva berhenti bercerita sekejap, tangannya sibuk membalut rokok daun, dinyalakan, disedut dalam, hembus.. Kemudian memandang aku.. "Benda" yang dia beri makan sekarang ni katanya telah menganggu sejak awal restoren ini dibuka, pada tahun 1985, akibat dari satu insiden yang terjadi dia terpaksa menurut kehendak seseorang utk menjamu salah satu makhluk yang menumpang disini.. "Uncle cuma tolong saja".. Katanya, tapi akibat dari pertolongan dia itu, sehingga sekarang dia masih terikat disini.. Masih menjadi pekerja yang setia, bertahun tahun berkhidmat.. Aku masih belum puas mendengar cerita dari Uncle Siva, masih banyak yg ingin aku tanyakan, tapi masa tidak mengizinkan kerana shift aku akan bermula sebentar saja lagi.. Aku meminta diri utk masuk ke restoren, dan sebelum masuk, Uncle Siva berpesan, jangan takut "dia" cuma mahu berkawan saja, katanya.. Huh.. Tak molek kalau macam salam perkenalannya.Aku masuk kerja seperti biasa dan menghabiskan shift pada hari itu dengan mengira stock, bertemankan hampir semua pekerja shift pada malam tu.. Rasa kelakar pun ada, ramai2 datang temankan aku kira stock, penuh store.. Hahaha..

Kejadian itu dilupakan begitu sahaja sehinggalah pada satu malam, seorang rakan sekerja aku, Chew namanya, dia seorang OKU (org kurang upaya) dan dia telah melihat sesuatu pada malam itu..

Chew tidak boleh bercakap, hanya boleh mendengar, chew seorang pekerja yg rajin dan kuat mengedik, ada saja pelanggan yang dia jatuh cinta, pilihannya yang seksi2 pulak tu..

Hampir semua kerja pembersihan selesai, dari jauh aku lihat Chew sedang bercerita, dengan isyarat tangan yg tak aku fahami, kalut nampaknya, si pendengar yg kelihatan blurr membuatkan aku ketawa, aku menghampiri mereka..

Tiba2 Chew memegang aku, membuat isyarat dua jari menunjuk mata dan kemudian dituding kearah aku.. "Apa dia hang ni Chew??".Mata chew membulat cengkaman tangannya terasa begitu kuat.. Sakit.. Dituding jari ke arah luar, tempat pembuangan sampah.. Kemudian memandang aku.. Membuat lenggok tangannya seperti bentuk badan seorang perempuan..

Cengkaman tangan Chew kuat sangat, membuatkan aku kurang selesa dan mula memarahi Chew, "Sakit la Chew, penampaq sat g baru tau". Chew masih lagi menuding jarinya ke arah luar, seorang rakan telah memberikan Chew sehelai tisu dan pen utk Chew memberikan penjelasan..

Dalam keadaan kalut Chew menulis, "ghost" dan menulis nama aku disebelah perkataan itu.

Dipendekkan cerita, malam sewaktu Chew ingin membuang sampah dia terlihat seorang perempuan tidak berwajah dan berkulit buruk melayang, dari tepi longgokkan sampah menuju ketingkat atas bangunan restoren.. Itu yang telah ibu Chew ceritakan pada kami sewaktu dia datang ke restoren memberikan surat cuti sakit anaknya pada keesokkan hari kerana Chew tidak sihat selepas apa yang dilihatnya semalam.

Cerita itu telah aku ceritakan pada Uncle Siva.. Dan dia berkata, tak ada sesiapa pun yang sanggup dan dapat membuang "penghuni" disitu, kerana bertahun dia telah mencubanya.. Tetap juga gagal..

- tamat-
*gambar sekadar hiasan..

Haaa..mcam mana dah abis ka baca cerita nie?mungkin kurang scary tapi yang mengalami saja taahu perasaan tu macam mana kan..
So,agak2 apa " benda" peliharaan tu ya??

Wallahhua'lam..

Kisah seram

~~KISAH SI KUCING~~

Sejarah cerita ini berlaku kira-kira pada zaman 70an. nak djadikan cerita, pada masa ini pak abu membawa ahli keluargaanya pergi berkelah sambil membuat aktiviti riadah memancing di Pulau Ubin.

Hahhaa uishh kusyuk aihh membacaa tau ka kisah ni?๐Ÿ’ฅ
Tak apa laa..,meh admin sambung cita yeaa..๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Tiba sahaja keluarga pak abu di Pulau Ubin, mereka pun berjalan menuju ke Kampung Nordin. Waktu itu Kampung Nordin takda la toilet. Alaa zaman dulu macam la kita xtahu tandass tuu peeghh jauh ujung Dunia tuhh.serammm oiih..
Hahahaha. Tiba sahaja ditepi pantai, si Bapa pergilah pacak pemancing di cj Si Ibu, Si kakak dan Si adik lelaki pula pergi pacak khemah mereka. Pada masa itu, hanya mereka anak-beranak di situ. Waktu pun dah hampir senja. Setetah Si Bapa Abu , menyediakan segala perkakas untuk memancing, Si Bapa gi ambik air sembahyang dan berjemaah dgn Si Kakak dan Si Adik. Si Ibu tak berjemaah disebabkan..(faham-faham ajelah hahaha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ถ๐Ÿ˜‚).

Setelah selesai bersolat,tiba-tiba,cuaca menjadi buruk. Angin bertiup dengan kencang, Air laut yang gitu tenang, tiba-tiba, berombak. Tiupan itu membuat mereka panik disebabkan khemah mereka nak terbang dibuatnye. Dengan segera mereka sekeluarga masuk ke dalam khemah.

Apabila mereka semua masuk ke dalam khemah, cuaca tiba-tiba kembali kepada sediakala. Disambut pula dengan angin sepoi-sepoi. Mereka terpegun. Apa yang menyebabkan cuaca tiba-tiba begitu buruk ? Si Bapa pula buat macam biasa aje. Mereka bertanya kepada bapanya, Cik Abu.
        "Bapak, kenapa cuaca macam gitu tadi?."  Untuk nak menyedapkan hati si anak tadi,"pak abu pon menjawab "Takde apa-apa lah nak..Kalau air nak pasang begitulah keadaan nye". Si anak pun diam setelah mendengar keterangan Cik Abu.

Tiba-tiba loceng pancing pun berbunyi. Bergegas Cik Abu ke pancingan. Kecoh dibuatnye Cik Abu. Cik Abu pun menyambut ikan yang memakan umpannye. Macam memancing ikan Marlin aje gaya Cik Abu. Tidaklama setelah penat ikan tersebut berlawan, maka berserah ia kepada tangan Cik Abu.
        Si anak pun berkata, "Wui, Besar nye ikan ni. Ikan apa ni Pak?" Cik Abu pun menjawab , "Ikan belanak nak. Pergi ambil ikan suruh Mak kau panggang".

Hari semakin malam, namun pancingan Cik Abu begitu menjadi. Banyak ikan di perolehi. Mereka pun gembira dapat panggang ikan. Kenyanglah sekeluarga. Dah kenyang tu nampak Si Cik Abu bermulas perutnye. Nak buanglah tu. Tidak jauh dari situ adalah sebuah tandas antik. Tandas atas air betul-betul di hujung muara. Perut pun dah bermulas, dengan tidak buang masa lagi Cik Abu pun beregas ke situ.
        Di dalam perjalanan ke tempat tersebut dengan melalui pasiran pantai, tiba-tiba Cik Abu terasa gerun dan takut. Entah kenapa tiba-tiba, bulu roma ye berdiri. Kemudian dia terdengar bunyi kucing mengiau. Cik Abu cuba mencari arah datangnya suara kucing itu. Cik Abu terkejut apabila dia sedari bahawa kucing itu berada dibelakangnya.Warna hitam pada tubuh si hitam ini juga mampu meremangkan sesiapa sahaja yang memandang dengan kemunculanya secara tiba-tiba juga membuat kita seram.Dengan persedaran itu , Cik Abu menjadi begitu takut sekali. Berbagai cerita menghantui fikirannya tentang Kucing hitam. Itu normal lah kan kita manusia, tipu juga kalau kita tak bermain dengan psychology kita sendiri, that why muncul la pelbagai cerita sensasi dikedia kucing๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘‡hhahaa teruskan๐Ÿ˜ฑ Cik Abu cuba membaca apa jua kalimah dri ayat-ayat al-quran yang terlintas di kepalanya. Cik Abu meneruskan perjalanannya ke tandas, Walaupun Jantung terasa akan debarnya ditambah lagi perasaan yang yang bercampur-baur, tetapi Cik Abu tetap menguatkan langkah untuk meneruskan pembuangan hajat yang perlu dikeluarkan walau dia sedar bahawa kucing itu tetap mengekorinya
      
Oleh kerana tidak dapat lagi bertahan dengan rasa takut dan perasaan yang bercampur itu, Cik Abu menoleh kebelakangya dan berkata dengan kucing itu, "Jangan ikut aku. Aku nak ke tandas. Aku tak bawa apa-apa makanan jika kau mahu. Janganlah ganggu aku".

Seperti dia mengerti percakapan Cik Abu tertuju padanya, Kucing itu berhenti dan merenung Cik Abu dengan pandangan yang begitu tajam sekali. Tanpa berlengah Cik Abu pun membuka langkah seribu untuk ke tandas dan tutup pintu tandas dengan segera Kerana dia terlalu takut seolah-seolah melihat  hantu pada kucing itu,

Cik Abu masih terdengar bunyian yang tidak lain dari kucing tersebut, derap kaki yang menghampiri tandas itu tentunya milik si kucing hitam itu walau Cik Abu masih didalam tandas. Kemudian pendengaran Cik abu di sambut pula dengan cakaran pada papan pintu tandas (grrhhhh...grghhh...grhhh..) bersertakan ngiauan Kucing yang begitu nyaring sehingga menusuk telinga Cik Abu.
      
Sekali lagi Cik Abu dikejutkan dengan bunyian seperti sesuatu yang memanjat ke atas pintu tandas.Cik Abu begitu takut sekali, Dia pun membaca apa kalimah yang terlintas difikiran namun dia tersedad bahawa dia masih di dalam keadaan membuang hadas besar, dan belum selesai lagi ni. Cik Abu menjadi buntu dengan tidak semena-semena dia terpandang akan wajah kucing itu sedang  bergayut di permukaan pintu tandas. Lalu kucing itu mengeluarkan bersuara  menambahkan lagi keseraman yang menghantui Cik Abu "Meowwww..."

Walaaaweiii... Walau sedikit tergantung penceritaanya tapi agak menarik..kan.. kalau laa korang ditempat Cik Abu tu apa yang korang buat..?.. uihh admin sendiri dok leh pikir laa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ฑ nak pengsan ke nak nangis๐Ÿ˜ฅ hahhhaa.. wokey la...

๐Ÿ‘‰#KISAH KE 2

Kucing hitam banyak dikisahkan didalam novelis seram yang menyatakan bahawa kucing boleh menjadi belaan ataupun makhluk halus yang menyamar sebagai menjadi haiwan untuk menjadi pemerhati kepada tuannya agar dapat mengawasi tingkah laku mangsa.kisah aku ini diceritakan ini adalah dari sedutan kisah terperinci dari kak nisa berkenaan dengan kucing ini sehinggakan aku dapat mengambarkan dan menzahirkannya di kotak fikiranku bagaimana kejadian yang berlaku itu sehinggakan aku dapat merasai keseraman tatkala berlaku dihadapan mata...yang selama ini tidak pernah aku duga...

Hendak dijadikan cerita suami kak nisa ada membela seekor kucing hitam yang katanya dia jumpa di bawah tangga rumah..Anak kucing yang mempunyai mata yang galak dan berwarna hitam pekat itu dibawa naik ke rumah atas dasar kasihan.Kebetulan kak nisa tinggal dirumah seorang diri dan surirumah tangga sepenuh masa dan atas sebab itu juga abang anas fikir bolehlah dibuat sebagai haiwan peliharaan..

Pada mulanya kucing yang dinamakan " tam " itu okay sahaja...manja,pandai bawak diri dan jarang membuat bising atau merayau di dalam rumah yang banyak penjuru atau ceruk-ceruk.Tam hanya berbaring di kawasan kegemaran dia dan akan bermain dengan abang anas.Abang anas amat menyenangi sikap tam yang nampak kurang mengada-ngada.

apabila sampai waktu malam, sebelum kak nisa masuk ke bilik..pasti dia akan melihat tam yang sudah tertidur di tempatnya. Bila tam ada di ruang tamu..kak nisa pun masuklah tidur macam biasa.

Nak tahu part yang seram kat sini lahhh๐Ÿ‘‰๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ‘‡

Kadang-kadang kak nisa cerita pada aku bahawa ada malam-malam yang tertentu akan ada kedengaran bunyi seakan-akan bunyi yang bising dan pinggan berlaga didapur.Bila kak nisa bangun dan menjengah ke ruangan dapur...tiada apa-apa yang bergerak atau terjatuh, kak nisa terus menuju ke bilik setelah pasti tiada apa yang terjadi. Yea laa Khuatir juga jika ada pencuri masuk dan menyelongkar rumah kan..

Semasa melintas di ruang tamu.. kak nisa terpandang akan kelibat kucing hitam seakan tam yang berlari pantas ke dapur..bila kak nisa menoleh untuk melihat tam, namun apa yang mengejutkan kak nisa ialah dia melihat tam sedang tidur di tempatnya.
Sangkaan kak nisa ..matanya mengantuk..jadi mungkin dia salah tengok..mungkin juga tikus yang berlarian riang setelah tuan rumah dah tidur.....Masa pun berlalu pergi, kak nisa pon dah terlupa tentang kejadian itu.Pada suatu malam.. abang anas balik lewat kerana mengantikan pekerja yang ponteng pada malam itu.Jadi mungkin besar  esok pagi sahaja abang anas akan pulang, Kak nisa seperti biasa..pada malam hari, tepat jam 8.00..kak nisa akan menonton televisyen serta menyiapkan makan malam. Sambil memasak didapur..suara penyampai tv3 membaca berita amat jelas kedengaran.Rumah flat kak nisa itu berpintukan  pintu yang tebal dan kedap bunyi..jika radio terpasang kuat pun..hanya berkumandang di dalam rumah sahaja..dan tidak menganggu jiran sebelah menyebelah...kak nisa sengaja memasang kuat TV itu kerana kadang -kadangkala kak nisa merasa seperti dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu....Apabila ada bunyi-bunyian seperti penghibur di kaca tv di dalam rumah kak nisa tidak terasa sunyi dan seram sangat..

Tam seperti biasa baring dan melihat skrin televisyen yang mememaparkan gambar yang bergerak-gerak. kak nisa tiba -tiba terlihat seperti seekor kucing menyelinap di celah kerusi secara terpandang sekilas dan lalu kak nisa segera mencari arah kucing ( yng disangkakan Tam) di mana kali terakhir ianya dilihat. Kak nisa terasa tersangat hairan kerana Tam masih ditempatnya dan khusyuk melihat tv . Tiba-tiba juga hati kak nisa tak sedap dan segera menyudahkan kerjanya di dapur dan segera ke depan televisyen untuk menonton. Namun sekali lagi kak nisa melihat Tam tiba-tiba bangun dari tempatnya dan menyembunyikan dirinya di celah kaki kak nisa. Kak nisa bertanya kepada Tam yang kelihatan mengeram perlahan dan merenung di sekitar seperti ada sesuatu yang menganggu matanya...

Tiba-tiba.. kak nisa terpaku dan mengigil bila melihat susuk kucing yang besar berwarna hitam merenungnya dengan tajam. Mata kucing itu bersinar dan berwarna merah merenung tepat ke arah kak nisa. Kak nisa masih terpaku kerana terlalu terperanjat dan takut. Kerana dia berapa pelik bagaimana kucing yang agak besar itu boleh masuk ke rumahnya sedangkan kak nisa telah mengunci pintu sedari pukul 7.00 malam tadi???

Kak nisa terus beristigfar..dan cuba bertenang.Tam seperti agak takut melihat kucing yang boleh dikira sekali besar dari saiznya..Segenap kekuatan kak nisa cuba melawan cara halus...kak nisa membacakan ayatul kursi dengan kuat dan cuba membacanya dengan betul walaupun terlalu gugup...semakin kak nisa membaca dengan kuat... kucing itu bagai melangkah kedepan seolah-olah menghampiri kak nisa yang kecemasan tanpa ada perasaan takut dengan lantunan ayatul kursi itu.

Matanya yang merah menyala bagaikan ada nyalaan api didalammya amatlah menyeramkan..suasana yang agak tegang menengelamkan segala bunyi televisyen.Kak nisa cuba sedaya upaya untuk menghabiskan bacaannya dan mengulangi bacaan tersebut beberapa kali..Sambil itu  cuba menghalau kucing misteri itu

" aku tak kenal kau...buat apa kau datang sini..." kata kak nisa...
" baik kau keluar dari rumah ini dan balik ke rumah tuan kau.." sambung kak nisa lagi yang telah mula berani..

kak nisa segera mencapai sebatang kayu yang ada di tepi kerusi iaitu kayu seakan rotan padu yang memang disimpan didalam rumah untuk menghalau binatang berbisa.Kakakku mengacukan kayu itu ke arah kucing misteri itu.

Kucing misteri itu berhenti dan memandang dengan marah.  Mulutnya terbuka mempamerkan taringnya yang panjang dan tajam.Sekali lagi kak nisa terpaku kerana taringnya amat panjang dan luar biasa .kak nisa telah pasti itu bukan kucing biasa...dan ia merupakan jelmaan daripada makhluk halus..Kak nisa terus menghayunkan kayu dan bangun mengejar kucing misteri itu.

Kucing itu tiba-tiba terus melompat ke arah tingkap dan menghilang begitu sahaja..Kak nisa yang pucat lesi kerana amat terkejut dengan kejadian yang menimpanya terduduk dan mengucap beberapa kali..

Sekejap lagi admin share kan sikit lagi info pasal kucing..Zasss๐Ÿ’ฅ๐Ÿ‘‡

   ~~ Memiliki Indra Keenam~~
Kucing memiliki Indra Keenam yang sangat kuat. Beberapa fakta yang pernah dibahas mengenai indra keenam diantaranya:-

๐Ÿ‘Kucing mengetahui bila dia akan mati, tak jarang mereka keluar dari rumah, agar majikannya tidak sedih jika melihatnya telah tiada.

๐Ÿ‘Kucing boleh mengetahui isi hati sang majikan. Jika majikannya sedang sedih atau resah, kebanyakan dia akan menampilkan wajah sedih. Seolah-olah dia juga merasai kesedihan yang dialamai oleh majikanya

๐Ÿ‘Kucing boleh menghalang toyol atau bangsa halus yang mahu memasuki rumah majikanya. Fenomena ini dapat dilihat dengan cara melihat sikap kucing yang seperti melotot dan menggeram menghadap pintu, padahal tidak ada apa-apa bahaya pun yang terlihat di sana.

๐Ÿ‘Kucing boleh MERASAKAN mana manusia baik dan mana manusia jahat. Hal ini ditunjukan;  bila dia mahu mendekat pada orang asing meskipun belum pernah bertemu, keraba dia merasakan orang tersebut baik terhadap bangsa kucing. Namun disatu sisi mereka akan lari ketakutan bila melihat orang asing juga, kerana dia berkelakuan jahat pada kucing atau pada sesama manusia.
Saat kita hendak menyakiti kucing / menjahili kucing, tiba-tiba si kucing lari dan sulit ditangkap, padahal dia biasanya jinak pada kita.

๐Ÿ‘kucing boleh melihat bangsa jin.

Alhamdulillah.. tamat juga perkongsian pada malam ini,
Uishhh.. maaf sekali lagi dari admin kerana lama juga ambik masa nak siapkan satu perkongsian buat semua. Apa2 pon admin hope korang enjoy ๐Ÿ˜‚โœŒ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜Š

~JELMAAN TOK BIDAN BAWA JANIN~ ~KELILING KAMPUNG~

Assalamualaikum dear fans... nak cerita hantuu ke??... Alolo.. meh admin sharekan tentang....... Zasss meh kita scroll bawah noh...   ~JEL...