~~KISAH SI KUCING~~
Sejarah cerita ini berlaku kira-kira pada zaman 70an. nak djadikan cerita, pada masa ini pak abu membawa ahli keluargaanya pergi berkelah sambil membuat aktiviti riadah memancing di Pulau Ubin.
Hahhaa uishh kusyuk aihh membacaa tau ka kisah ni?💥
Tak apa laa..,meh admin sambung cita yeaa..👍👐
Tiba sahaja keluarga pak abu di Pulau Ubin, mereka pun berjalan menuju ke Kampung Nordin. Waktu itu Kampung Nordin takda la toilet. Alaa zaman dulu macam la kita xtahu tandass tuu peeghh jauh ujung Dunia tuhh.serammm oiih..
Hahahaha. Tiba sahaja ditepi pantai, si Bapa pergilah pacak pemancing di cj Si Ibu, Si kakak dan Si adik lelaki pula pergi pacak khemah mereka. Pada masa itu, hanya mereka anak-beranak di situ. Waktu pun dah hampir senja. Setetah Si Bapa Abu , menyediakan segala perkakas untuk memancing, Si Bapa gi ambik air sembahyang dan berjemaah dgn Si Kakak dan Si Adik. Si Ibu tak berjemaah disebabkan..(faham-faham ajelah hahaha 😂😶😂).
Setelah selesai bersolat,tiba-tiba,cuaca menjadi buruk. Angin bertiup dengan kencang, Air laut yang gitu tenang, tiba-tiba, berombak. Tiupan itu membuat mereka panik disebabkan khemah mereka nak terbang dibuatnye. Dengan segera mereka sekeluarga masuk ke dalam khemah.
Apabila mereka semua masuk ke dalam khemah, cuaca tiba-tiba kembali kepada sediakala. Disambut pula dengan angin sepoi-sepoi. Mereka terpegun. Apa yang menyebabkan cuaca tiba-tiba begitu buruk ? Si Bapa pula buat macam biasa aje. Mereka bertanya kepada bapanya, Cik Abu.
"Bapak, kenapa cuaca macam gitu tadi?." Untuk nak menyedapkan hati si anak tadi,"pak abu pon menjawab "Takde apa-apa lah nak..Kalau air nak pasang begitulah keadaan nye". Si anak pun diam setelah mendengar keterangan Cik Abu.
Tiba-tiba loceng pancing pun berbunyi. Bergegas Cik Abu ke pancingan. Kecoh dibuatnye Cik Abu. Cik Abu pun menyambut ikan yang memakan umpannye. Macam memancing ikan Marlin aje gaya Cik Abu. Tidaklama setelah penat ikan tersebut berlawan, maka berserah ia kepada tangan Cik Abu.
Si anak pun berkata, "Wui, Besar nye ikan ni. Ikan apa ni Pak?" Cik Abu pun menjawab , "Ikan belanak nak. Pergi ambil ikan suruh Mak kau panggang".
Hari semakin malam, namun pancingan Cik Abu begitu menjadi. Banyak ikan di perolehi. Mereka pun gembira dapat panggang ikan. Kenyanglah sekeluarga. Dah kenyang tu nampak Si Cik Abu bermulas perutnye. Nak buanglah tu. Tidak jauh dari situ adalah sebuah tandas antik. Tandas atas air betul-betul di hujung muara. Perut pun dah bermulas, dengan tidak buang masa lagi Cik Abu pun beregas ke situ.
Di dalam perjalanan ke tempat tersebut dengan melalui pasiran pantai, tiba-tiba Cik Abu terasa gerun dan takut. Entah kenapa tiba-tiba, bulu roma ye berdiri. Kemudian dia terdengar bunyi kucing mengiau. Cik Abu cuba mencari arah datangnya suara kucing itu. Cik Abu terkejut apabila dia sedari bahawa kucing itu berada dibelakangnya.Warna hitam pada tubuh si hitam ini juga mampu meremangkan sesiapa sahaja yang memandang dengan kemunculanya secara tiba-tiba juga membuat kita seram.Dengan persedaran itu , Cik Abu menjadi begitu takut sekali. Berbagai cerita menghantui fikirannya tentang Kucing hitam. Itu normal lah kan kita manusia, tipu juga kalau kita tak bermain dengan psychology kita sendiri, that why muncul la pelbagai cerita sensasi dikedia kucing😂👇hhahaa teruskan😱 Cik Abu cuba membaca apa jua kalimah dri ayat-ayat al-quran yang terlintas di kepalanya. Cik Abu meneruskan perjalanannya ke tandas, Walaupun Jantung terasa akan debarnya ditambah lagi perasaan yang yang bercampur-baur, tetapi Cik Abu tetap menguatkan langkah untuk meneruskan pembuangan hajat yang perlu dikeluarkan walau dia sedar bahawa kucing itu tetap mengekorinya
Oleh kerana tidak dapat lagi bertahan dengan rasa takut dan perasaan yang bercampur itu, Cik Abu menoleh kebelakangya dan berkata dengan kucing itu, "Jangan ikut aku. Aku nak ke tandas. Aku tak bawa apa-apa makanan jika kau mahu. Janganlah ganggu aku".
Seperti dia mengerti percakapan Cik Abu tertuju padanya, Kucing itu berhenti dan merenung Cik Abu dengan pandangan yang begitu tajam sekali. Tanpa berlengah Cik Abu pun membuka langkah seribu untuk ke tandas dan tutup pintu tandas dengan segera Kerana dia terlalu takut seolah-seolah melihat hantu pada kucing itu,
Cik Abu masih terdengar bunyian yang tidak lain dari kucing tersebut, derap kaki yang menghampiri tandas itu tentunya milik si kucing hitam itu walau Cik Abu masih didalam tandas. Kemudian pendengaran Cik abu di sambut pula dengan cakaran pada papan pintu tandas (grrhhhh...grghhh...grhhh..) bersertakan ngiauan Kucing yang begitu nyaring sehingga menusuk telinga Cik Abu.
Sekali lagi Cik Abu dikejutkan dengan bunyian seperti sesuatu yang memanjat ke atas pintu tandas.Cik Abu begitu takut sekali, Dia pun membaca apa kalimah yang terlintas difikiran namun dia tersedad bahawa dia masih di dalam keadaan membuang hadas besar, dan belum selesai lagi ni. Cik Abu menjadi buntu dengan tidak semena-semena dia terpandang akan wajah kucing itu sedang bergayut di permukaan pintu tandas. Lalu kucing itu mengeluarkan bersuara menambahkan lagi keseraman yang menghantui Cik Abu "Meowwww..."
Walaaaweiii... Walau sedikit tergantung penceritaanya tapi agak menarik..kan.. kalau laa korang ditempat Cik Abu tu apa yang korang buat..?.. uihh admin sendiri dok leh pikir laa😂😱 nak pengsan ke nak nangis😥 hahhhaa.. wokey la...
👉#KISAH KE 2
Kucing hitam banyak dikisahkan didalam novelis seram yang menyatakan bahawa kucing boleh menjadi belaan ataupun makhluk halus yang menyamar sebagai menjadi haiwan untuk menjadi pemerhati kepada tuannya agar dapat mengawasi tingkah laku mangsa.kisah aku ini diceritakan ini adalah dari sedutan kisah terperinci dari kak nisa berkenaan dengan kucing ini sehinggakan aku dapat mengambarkan dan menzahirkannya di kotak fikiranku bagaimana kejadian yang berlaku itu sehinggakan aku dapat merasai keseraman tatkala berlaku dihadapan mata...yang selama ini tidak pernah aku duga...
Hendak dijadikan cerita suami kak nisa ada membela seekor kucing hitam yang katanya dia jumpa di bawah tangga rumah..Anak kucing yang mempunyai mata yang galak dan berwarna hitam pekat itu dibawa naik ke rumah atas dasar kasihan.Kebetulan kak nisa tinggal dirumah seorang diri dan surirumah tangga sepenuh masa dan atas sebab itu juga abang anas fikir bolehlah dibuat sebagai haiwan peliharaan..
Pada mulanya kucing yang dinamakan " tam " itu okay sahaja...manja,pandai bawak diri dan jarang membuat bising atau merayau di dalam rumah yang banyak penjuru atau ceruk-ceruk.Tam hanya berbaring di kawasan kegemaran dia dan akan bermain dengan abang anas.Abang anas amat menyenangi sikap tam yang nampak kurang mengada-ngada.
apabila sampai waktu malam, sebelum kak nisa masuk ke bilik..pasti dia akan melihat tam yang sudah tertidur di tempatnya. Bila tam ada di ruang tamu..kak nisa pun masuklah tidur macam biasa.
Nak tahu part yang seram kat sini lahhh👉😱👇
Kadang-kadang kak nisa cerita pada aku bahawa ada malam-malam yang tertentu akan ada kedengaran bunyi seakan-akan bunyi yang bising dan pinggan berlaga didapur.Bila kak nisa bangun dan menjengah ke ruangan dapur...tiada apa-apa yang bergerak atau terjatuh, kak nisa terus menuju ke bilik setelah pasti tiada apa yang terjadi. Yea laa Khuatir juga jika ada pencuri masuk dan menyelongkar rumah kan..
Semasa melintas di ruang tamu.. kak nisa terpandang akan kelibat kucing hitam seakan tam yang berlari pantas ke dapur..bila kak nisa menoleh untuk melihat tam, namun apa yang mengejutkan kak nisa ialah dia melihat tam sedang tidur di tempatnya.
Sangkaan kak nisa ..matanya mengantuk..jadi mungkin dia salah tengok..mungkin juga tikus yang berlarian riang setelah tuan rumah dah tidur.....Masa pun berlalu pergi, kak nisa pon dah terlupa tentang kejadian itu.Pada suatu malam.. abang anas balik lewat kerana mengantikan pekerja yang ponteng pada malam itu.Jadi mungkin besar esok pagi sahaja abang anas akan pulang, Kak nisa seperti biasa..pada malam hari, tepat jam 8.00..kak nisa akan menonton televisyen serta menyiapkan makan malam. Sambil memasak didapur..suara penyampai tv3 membaca berita amat jelas kedengaran.Rumah flat kak nisa itu berpintukan pintu yang tebal dan kedap bunyi..jika radio terpasang kuat pun..hanya berkumandang di dalam rumah sahaja..dan tidak menganggu jiran sebelah menyebelah...kak nisa sengaja memasang kuat TV itu kerana kadang -kadangkala kak nisa merasa seperti dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu....Apabila ada bunyi-bunyian seperti penghibur di kaca tv di dalam rumah kak nisa tidak terasa sunyi dan seram sangat..
Tam seperti biasa baring dan melihat skrin televisyen yang mememaparkan gambar yang bergerak-gerak. kak nisa tiba -tiba terlihat seperti seekor kucing menyelinap di celah kerusi secara terpandang sekilas dan lalu kak nisa segera mencari arah kucing ( yng disangkakan Tam) di mana kali terakhir ianya dilihat. Kak nisa terasa tersangat hairan kerana Tam masih ditempatnya dan khusyuk melihat tv . Tiba-tiba juga hati kak nisa tak sedap dan segera menyudahkan kerjanya di dapur dan segera ke depan televisyen untuk menonton. Namun sekali lagi kak nisa melihat Tam tiba-tiba bangun dari tempatnya dan menyembunyikan dirinya di celah kaki kak nisa. Kak nisa bertanya kepada Tam yang kelihatan mengeram perlahan dan merenung di sekitar seperti ada sesuatu yang menganggu matanya...
Tiba-tiba.. kak nisa terpaku dan mengigil bila melihat susuk kucing yang besar berwarna hitam merenungnya dengan tajam. Mata kucing itu bersinar dan berwarna merah merenung tepat ke arah kak nisa. Kak nisa masih terpaku kerana terlalu terperanjat dan takut. Kerana dia berapa pelik bagaimana kucing yang agak besar itu boleh masuk ke rumahnya sedangkan kak nisa telah mengunci pintu sedari pukul 7.00 malam tadi???
Kak nisa terus beristigfar..dan cuba bertenang.Tam seperti agak takut melihat kucing yang boleh dikira sekali besar dari saiznya..Segenap kekuatan kak nisa cuba melawan cara halus...kak nisa membacakan ayatul kursi dengan kuat dan cuba membacanya dengan betul walaupun terlalu gugup...semakin kak nisa membaca dengan kuat... kucing itu bagai melangkah kedepan seolah-olah menghampiri kak nisa yang kecemasan tanpa ada perasaan takut dengan lantunan ayatul kursi itu.
Matanya yang merah menyala bagaikan ada nyalaan api didalammya amatlah menyeramkan..suasana yang agak tegang menengelamkan segala bunyi televisyen.Kak nisa cuba sedaya upaya untuk menghabiskan bacaannya dan mengulangi bacaan tersebut beberapa kali..Sambil itu cuba menghalau kucing misteri itu
" aku tak kenal kau...buat apa kau datang sini..." kata kak nisa...
" baik kau keluar dari rumah ini dan balik ke rumah tuan kau.." sambung kak nisa lagi yang telah mula berani..
kak nisa segera mencapai sebatang kayu yang ada di tepi kerusi iaitu kayu seakan rotan padu yang memang disimpan didalam rumah untuk menghalau binatang berbisa.Kakakku mengacukan kayu itu ke arah kucing misteri itu.
Kucing misteri itu berhenti dan memandang dengan marah. Mulutnya terbuka mempamerkan taringnya yang panjang dan tajam.Sekali lagi kak nisa terpaku kerana taringnya amat panjang dan luar biasa .kak nisa telah pasti itu bukan kucing biasa...dan ia merupakan jelmaan daripada makhluk halus..Kak nisa terus menghayunkan kayu dan bangun mengejar kucing misteri itu.
Kucing itu tiba-tiba terus melompat ke arah tingkap dan menghilang begitu sahaja..Kak nisa yang pucat lesi kerana amat terkejut dengan kejadian yang menimpanya terduduk dan mengucap beberapa kali..
Sekejap lagi admin share kan sikit lagi info pasal kucing..Zasss💥👇
~~ Memiliki Indra Keenam~~
Kucing memiliki Indra Keenam yang sangat kuat. Beberapa fakta yang pernah dibahas mengenai indra keenam diantaranya:-
👐Kucing mengetahui bila dia akan mati, tak jarang mereka keluar dari rumah, agar majikannya tidak sedih jika melihatnya telah tiada.
👐Kucing boleh mengetahui isi hati sang majikan. Jika majikannya sedang sedih atau resah, kebanyakan dia akan menampilkan wajah sedih. Seolah-olah dia juga merasai kesedihan yang dialamai oleh majikanya
👐Kucing boleh menghalang toyol atau bangsa halus yang mahu memasuki rumah majikanya. Fenomena ini dapat dilihat dengan cara melihat sikap kucing yang seperti melotot dan menggeram menghadap pintu, padahal tidak ada apa-apa bahaya pun yang terlihat di sana.
👐Kucing boleh MERASAKAN mana manusia baik dan mana manusia jahat. Hal ini ditunjukan; bila dia mahu mendekat pada orang asing meskipun belum pernah bertemu, keraba dia merasakan orang tersebut baik terhadap bangsa kucing. Namun disatu sisi mereka akan lari ketakutan bila melihat orang asing juga, kerana dia berkelakuan jahat pada kucing atau pada sesama manusia.
Saat kita hendak menyakiti kucing / menjahili kucing, tiba-tiba si kucing lari dan sulit ditangkap, padahal dia biasanya jinak pada kita.
👐kucing boleh melihat bangsa jin.
Alhamdulillah.. tamat juga perkongsian pada malam ini,
Uishhh.. maaf sekali lagi dari admin kerana lama juga ambik masa nak siapkan satu perkongsian buat semua. Apa2 pon admin hope korang enjoy 😂✌😀😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan